Sabtu, 2 November 2013

Kursus / Latihan ICT Terkini Okt dan November

Pada 31 Okt. 2013, Pengurusan VLE Sekolah dijemput ke Ri-Yaz Heritage Marine Resort & SPA, Pulau Duyung sempena Hari Profesionalisme Pengurusan VLE Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu. Tiga orang guru dijemput dari setiap sekolah iaitu :

1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Guru Admin VLE

Tiga orang guru Sk. Renek menghadirinya iaitu, En. Mizan bin Hj. Mohd (GB), Tn. Hj. Suhairi bin Samat (GPK 1) dan Pn. Hamidah bt Mat Daud (Admin 2 VLE). Mereka didedahkan dengan perjalanan VLE FROG oleh wakil YTL dan FROGASIA.


Guru Besar bergambar di Ri-Yaz Heritage Marine Resort & SPA

Pada 6 - 8 November 2013, seorang guru Bahasa Inggeris Tahun 6 (2014) akan menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Tahun 6, 2014. Guru yang terlibat sama ada Pn. Suriana bt Mohd. Shamsuddin atau En. Che Yusmadi bin Che Yaacob. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kewibawaan guru-guru ICTL bagi melahirkan generasi pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ICT.


Manakala pada 10 November 2013 pula, dua orang guru akan mengikuti Latihan Projek Pembekalan Chromebook di SMK. Tengku Mahmud 2. Pn. Hamidah bt Mat Daud (Admin 2 VLE FROG) dan Ust. Muhammad Saidi bin Rashid dihantar mengikutinya. Mereka akan didedahkan tentang penggunaan chromebook (makmal komputer bergerak).

Multimedia


Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teksaudiografik,animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Tafsiran

Multimedia mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti berikut:

1.   "Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).

2.   "Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dankaset video" - Waterworth (1992).

3.    "Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).

4.    "Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padatperakam suarapembesar suarakad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).


Ciri-Ciri Multimedia :

Integrasi Secara Seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.

Persekitaran Digital
Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.

Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan.

Tidak Berturutan
Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.

Windows Movie Maker - Cara Mudah Buat Movie

Windows Movie Maker adalah perisian menyunting video, yang disertakan dengan Microsoft Windows Me, XP dan Vista. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit, runut audio, pengisahan garis masa, dan Auto Movie. Kesan dan peralihan baru boleh dibuat dan diubah dengan mengubah kod XML. Windows Movie Maker juga adalah program menyunting runut audio yang asas. Ia boleh mengenakan kesan asas kepada runut audio seperti resap jelma dan resap lenyap. Runut audio tersebut kemudiannya boleh dieksport dalam bentuk fail bunyi sebagai ganti kepada fail video.
Versi pertama perisian ini terdapat dalam Windows Me pada 2000, diikuti Windows XP pada 2001, termasuk versi lain Windows XP.
Pembangunan untuk Windows Movie Maker telah dihentikan selepas keluarnya Windows Vista; sebagai gantinya, Windows Live Movie Maker, disertakan dengan Windows Live Essentials, suatu muat turun percuma dari Windows Live; namun pun begitu, Windows Live Movie Maker tidak mempunyai ciri-ciri kemudahan yang sama dengan Windows Movie Maker.
Di dalam Windows 7, Windows Movie Maker tidak disertakan kerana pengantinya Windows Live Movie Maker,yang mana adalah berdasarkan pada kod yang berbeza dan mempunyai kemudahan yang berbeza.Tetapi fail Windows Movie Maker boleh disalin dan boleh dipasang pada Windows 7. Cara ini berfungsi untuk semua versi Windows Movie Maker termasuk versi DirectX jika perkakasan komputer menyokongnya. Windows Movie Maker 2.6 juga dapat dijalankan di Windows 7.

Susunan perisian ini terdiri daripada storyboard view dan timeline view, bahagian himpunan untuk mengelola video yang dimport, dan sebuah kotak pratonton. Ketika berada di dalam Storyboard view, projek video terpapang sebagai jalur video dan menonjolkan setiap babak dalam klip. Bahagian storyboard/timeline terdiri dari satu bar 'Video' , satu bar 'Music/Audio' , dan satu bar 'Titles/Credits'. Dalam setiap bar, klip boleh ditambah untuk menyunting e.g., a .WAV music file will belong on the 'Music/Audio' bar). Selain video imej juga dapat diimport ke timeline dan "dilanjurkan" untuk bilangan bingkai.

Muat turun WMM :


Rabu, 30 Oktober 2013

Cara Format PC / Laptop : Install Windows 7

Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!

Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara install Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!


Cara format laptop/komputer dan install Windows 7

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.

Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentangboot sequence, rujuk kepada artikel ini.

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.




Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.







3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’



4) Tekan Butang Install Now



5) Pilih edisi Windows 7 anda dengan ‘x86’ di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.

6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.



7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”


8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.

  • Untuk buat dua partition klik "Drive Option(advanced)" kemudian masukan saiz partition (bahagikan) yang dikehendaki bersesuian dengan saiz Hard Disk anda. 



9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.




10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.

  • Jika anda boot menggunakan "thumbdrive" keluarkan "thumbdrive" ketika komputer restart. Kemudian masukkan balik "thumdrive" ketika tetingkap seperti di bawah muncul..





Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.



11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.




13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.

Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.


14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.

16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.


17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!



Windows 7 sudah dipasang, apa seterusnya?

Selepas anda siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang anda perlukan untuk urusan harian, antaranya ialah:

  • Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.
  • K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video.
  • 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi.
  • Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet.
  • Adobe Reader untuk membuka fail PDF.
Untuk dapatkan Software Free, KLIK SINI

p/s : now you will get RM50 in your pocket... SELAMAT MENCUBA.........



Selasa, 29 Oktober 2013

Kursus TMK PLuG (Program Latihan untuk Guru)

Kursus PLuG diadakah di Sk. Alor Lintah dan Sk. Tengku Mahmud 2 bermula 28 hingga 31 Oktober 2013. Guru-guru TMK sekolah rendah Daerah Besut menghadirinya. Pada hari pertama dan kedua, pendedahan secara terperinci diberikan oleh fasilitator drp IPSM berkenaan peralatan dan fungsi beralatan komputer. 

Pada hari ketiga kami didedahkan dengan keselamatan komputer (antivirus) dan juga bagaimana hendak memformat komputer. Pada hari keempat pula, peserta didedahkan dengan multimedia, papan cerita dan program Windows Movie Maker. Peserta dikehendaki membuat movie menggunakan program berkenaan dan mempersembahkannya mengikut kumpulan. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperoleh oleh peserta. Berikut foto-foto sekitar PLuG di Sk. Alor Lintah yang dihadiri penulis :








Ahad, 27 Oktober 2013

Mengenal Komputer 2 - Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).


Komputar Peribadi

Komputer peribadi yang tipikal mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:
·         Papan induk (motherboard)
·         Unit pemprosesan pusat (CPU) dan kipasnya
·         Ingatan capaian rawak (RAM)
·         Basic Input/Output System atau BIOS
·         Slot bas komputer:
·         PCI
·         PCI-E
·         USB
·         HyperTransport
·         CSI (dijangka mulai 2008)
·         AGP (makin kurang)
·         ISAEISAVLB (tidak digunakan lagi).
·         Bekalan kuasa komputer - peti yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
·         Pengawal storan bagi IDESATASCSI dan storan lain, yang mengawal cakera kerascakera liutCD-ROM dan pemacu lain. Boleh terletak pada papan induk atau kad tambahan.
·         Pengawal video yang mengeluarkan output untuk monitor komputer. Boleh disekalikan dengan papan induk atau dipasang pada slot sendiri (PCI, PCI-E atau AGP), memerlukan kad grafik.
·         Pengawal bas komputer (port selaribersiriUSBFireWire) bagi menyambung komputer dengan perkakasan luaran seperti pencetak ataupengimbas.
·         Satu atau lebih media boleh ditanggalkan:
·         CD - paling umum
·         Pemacu CD-ROM
·         Penulis CD
·         DVD
·         Pemacu DVD-ROM
·         Pemacu DVD-RAM
·         Penulis DVD
·         BD
·         Pemacu BD-ROM
·         Perakam BD
·         Cakera liut (disket)
·         Pemacu Zip
·         Pemacu kilat USB (thumb drive)
·         Kad ingatan - kecil

·         Pemacu pita - biasanya untuk sandar/jangka panjang.
·         Storan dalaman
·         Cakera keras - storan jangka sederhana
·         Pengawal cakera, contohnya RAID.
·         Kad bunyi.
·         Perangkaian - untuk menyambung komputer ke Internet/komputer lain
·         Modem - sambungan dail
·         Kad rangkaian - sambungan DSL atau ke komputer lain.
·         Persisian lain seperti kad penala TV.

Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:
·         Peranti input
·         Papan kekunci (teks)
·         Peranti penuding
·         Tetikus
·         Bebola jejak (trackball)
·         Peranti permainan
·         Kayu ria
·         Pad ria (joypad)
·         Pengawal permainan lain
·         Peranti input imejvideo
·         Pengimbas
·         Webcam
·         Peranti input audio
·         Mikrofon
·         Skrin sentuh.
·         Peranti output
·         Peranti output imejvideo
·         Monitor komputer
·         Terminal komputer
·         Pencetak - salinan keras
·         Pelakar (plotter) - salinan keras
·         Refreshable Braille display
·         Braille Embosser - salinan keras.
·         Peranti output audio
·         Pembesar suara
·         Fon kepala.