Multimedia merupakan proses
komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan
penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik,animasi dan video untuk
menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan
kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk
kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan
kandungan multimedia.
Tafsiran
Multimedia mempunyai
pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti
berikut:
1. "Multimedia adalah
hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara
pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak,
teks dan perisian komputer dengan penggunaan
tetikus" –
Jacquetta Megarry (1990).
2. "Multimedia ialah
persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek
teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dankaset video" - Waterworth
(1992).
3. "Multimedia adalah
integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang
berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran
digital" -
Gayeski (1993).
4. "Paparan maklumat
yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).
Ciri-Ciri
Multimedia :
Integrasi Secara Seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di
antara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan
oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil
mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.
Persekitaran Digital
Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan
perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan
oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam
bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media dalam bentuk
digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak
yang sukar dikemas kini.
Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna
untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh
mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju
masing-masing semasa berinteraksi dijalankan.
Tidak Berturutan
Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak
berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan
cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini
adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu
melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan