Pada 31 Okt. 2013, Pengurusan VLE Sekolah dijemput ke Ri-Yaz Heritage Marine Resort & SPA, Pulau Duyung sempena Hari Profesionalisme Pengurusan VLE Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu. Tiga orang guru dijemput dari setiap sekolah iaitu :
1. Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Guru Admin VLE
Tiga orang guru Sk. Renek menghadirinya iaitu, En. Mizan bin Hj. Mohd (GB), Tn. Hj. Suhairi bin Samat (GPK 1) dan Pn. Hamidah bt Mat Daud (Admin 2 VLE). Mereka didedahkan dengan perjalanan VLE FROG oleh wakil YTL dan FROGASIA.
Guru Besar bergambar di Ri-Yaz Heritage Marine Resort & SPA
Pada 6 - 8 November 2013, seorang guru Bahasa Inggeris Tahun 6 (2014) akan menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Tahun 6, 2014. Guru yang terlibat sama ada Pn. Suriana bt Mohd. Shamsuddin atau En. Che Yusmadi bin Che Yaacob. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kewibawaan guru-guru ICTL bagi melahirkan
generasi pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ICT.
Manakala pada 10 November 2013 pula, dua orang guru akan mengikuti Latihan Projek Pembekalan Chromebook di SMK. Tengku Mahmud 2. Pn. Hamidah bt Mat Daud (Admin 2 VLE FROG) dan Ust. Muhammad Saidi bin Rashid dihantar mengikutinya. Mereka akan didedahkan tentang penggunaan chromebook (makmal komputer bergerak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan