Penggunaan Komputer
Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan
saiz dan kosnya yang besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik,
selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC.
Komputer terbenam
Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan
rumah, seperti konsol permainan
video sehingga telefon bimbit, perakam
kaset video (VCR), PDA, dan
banyak lagi; jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya
mengandungi litar komputer yang Turing-sempurna.
Komputer yang digunakan dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai
"mikropengawal" atau "komputer terbenam". Komputer jenis
ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja.
Komputer peribadi
Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk
kegunaan peribadi. Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga
yang pelbagai—bergantung kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika
dibandingkan dengan komputer berkuasa tinggi seperti superkomputer.
Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada
komputer komputer peribadi IBM (IBM
Personal Computer)keluaran IBM. Komputer ini
merupakan pencetus kepada perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini.
Komputer peribadi boleh dikelaskan kepada
beberapa kategori mengikut rupa dan saiz:
·
Pembantu digital peribadi atau
PDA
Bagaimana komputer berfungsi
?
Teknologi dalam komputer digital telah melalui
perubahan besar sejak komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun
kebanyakannya masih menggunakan senibina
von Neumann, yang dicadangkan oleh John von
Neumann pada awal 1940-an.
Senibina von Neumann menyatakan komputer
dibahagi kepada 4 bahagian utama: Unit Aritmetik dan Logik, litar pengawal,
memori, dan alat input-output (I/O). Kesemua bahagian ini disambung bersama
oleh wayar-wayar, yang dikenali sebagai "bas".
Ingatan (RAM)
Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan
bait (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat.
Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk komputer, dan setiap sel
menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.
Secara amnya, ingatan boleh diguna semula lebih
sejuta kali. Ia lebih berupa pad lakaran, daripada batu tablet yang hanya boleh
ditulis sekali.
Saiz setiap sel, dan bilangannya, berbeza di
antara satu komputer dengan komputer yang lain. Begitu juga dengan teknologimemori tersebut, daripada denyutan
elektromekanik, seterusnya tiub raksa, seterusnya kepada susunan matriks magnet kekal, seterusnya kepada transistor, dan seterusnya litar bersepadu yang mengandungi berjuta kapasitor dalam sebiji cip.
Pemprosesan
Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang
melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan
sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi. Unit ini
melakukan tugas sebenar dalam komputer.
Unit pengawal menyelia slot-slot yang menyimpan
arahan terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan
serta menerima maklumat yang perlu (daripada memori) untuk melaksanakan operasi
tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori
yang sesuai. Setelah itu, Unit Pengawal akan beralih kepada arahan yang
seterusnya.
Input-Output
Unit Input-output membenarkan komputer menerima
maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke
dunia luar. Terdapat pelbagai bentuk alat I/O, daripada Papan kekunci, skrin, Cakera liut, kepada alat yang luar biasa,
seperti Webcam.
Kesemua alat (peranti) input mengkod maklumat
kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital. Alat (peranti)
output pula menyahkod data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh
pengguna komputer.
Arahan
Arahan komputer bukanlah arahan berbunga seperti
bahasa manusia. Komputer hanya mempunyai arahan-arahan mudah yang terhad.
Arahan biasa yang disokong oleh kebanyakan komputer adalah seperti: Salin
kandungan sel 123, dan letak salinan ke sel 456; tambahkan kandungan sel 666 ke
sel 042, dan letak hasil tambahan ke sel 013; sekiranya sel 999 adalah 0,
arahan seterusnya ialah pada sel 345.
Arahan-arahan tersebut diwakili sebagai angka (numbers).
Contohnya, Kod untuk "Salin" mungkin adalah 001. Set Arahan yang
disokong oleh komputer dipanggil Bahasa Mesin.
Secara praktiknya, arahan untuk komputer biasanya tidak ditulis dalam bentuk
Bahasa Mesin, tapi dalam bentuk Bahasa Pengaturcaraan Tahap
Tinggi (High Level Programming Language). Bahasa pengaturcaraan
kemudiaanya dialihbahasa kepada Bahasa Mesin dengan menggunakan Program
Komputer khas (seperti Pengkompil - compiler,
atauInterpreter).
Sesetengah bahasa pengaturcaraan adalah dalam
bentuk yang hampir dengan Bahasa Mesin, contohnya Bahasa
Penghimpun - (juga dikenali sebagai Bahasa Tahap Rendah - );
Manakala sesetengah bahasa mengguna prinsip yang jauh berbeza dengan operasi
mesin, contohnya Prolog.
Seni bina
Komputer moden meletakkan ALU (Unit Aritmetik
dan Logik) dan Unit Pengawal di dalam satu litar bersepadu yang dikenali
sebagai Unit Pemproses Pusat (Central
Processing Unit - CPU). Kebiasaanya, memori komputer akan diletak pada
beberapa litar bersepadu kecil berhampiran dengan CPU. Alat-alat yang lain
dalam komputer adalah bekalan kuasa dan alat input-output.
Fungsi sebuah komputer secara prinsipnya agak
jelas. Komputer menyambut arahan dan data daripada memori. Arahan kemudiannya
dilaksanakan, hasilnya disimpan, dan seterusnya menyambut arahan yang
berikutnya pula. Prosedur ini diulang sehingga komputer itu ditutup.
Program
Program Komputer ialah satu senarai
arahan yang besar untuk dilaksana oleh komputer. Kebanyakan Program Komputer
mempunyai berjuta arahan, dan kebanyakan daripada arahan-arahan tersebut
dilaksanakan berulang-kali. Sebuah Komputer peribadi yang moden berupaya
melaksanakan lebih kurang 2-3 bilion arahan per saat.
Pada masa sekarang, kebanyakan komputer berupaya
melaksanakan lebih dari satu program pada satu masa. Keupayaan ini dinamakan
multitugas. Walaupun secara kasarnya, seolah-olah komputer melakukan dua kerja
sekaligus, sebenarnya CPU melaksanakan arahan daripada satu program dahulu,
kemudian beralih ke program yang satu lagi pada jangka masa sejenak. Jangka
masa sejenak ini dipanggil Hirisan Masa (Time
Slice). Sistem Pengoperasian ialah
program yang mengawal perkongsian masa ini.
Contoh sistem pengoperasian yang
membenarkan multitasking ialah Windows dan Unix.
Sistem pengendalian
Rencana
utama: Sistem pengendalian
Sistem pengendalian (operating system) ialah
sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa
(memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem pengendalian membekalkan
perkhidmatan kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membolehkan
pengaturcara menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih
terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan